Chapter 1 : memafkan lebih mudah
"Tak penat ke pagi kerja , malam kerja?" , Sinis Farah kepada Aulia. Belum pernah lagi aku nampak orang segigih Aulia. Apa yang dikerjakan nya pun aku tak pasti. Nak kata keluarganya terlalu susah , tidak juga. Soal kewangan Aulia tak pernah merungut. Seorang engineer dan juga pengurus restoran makanan segera separuh masa , aku selalu terlihat senyuman tawa yang tak pernah lekang dari bibirnya. Aulia anak bongsu , tapi perwatakannya yang terlalu berdikari membuatkannya sukar untuk didekati. Mujur aku ni peramah , suka menegur. Sempat juga aku berkenalan dengan dia . Masa tu Aulia masih pekerja baru di restoran makanan segera yang aku selalu lepak. Sempat aku bertanya ketika itu sama ada dia masih belajar atau pekerja sepenuh masa di sana. Pelajar tahun akhir jurusan rangkaian sistem di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur , Aulia tidak kekok untuk melayan aku yang juga seorang pelajar ketika itu. Sekarang ini kami masing masing dah bekerja , ofis aku bersebelahan sahaja dengan ofis Aulia , kami sering keluar makan tengah Hari bersama. Aku Banyak belajar benda Dari Aulia, Dari segi menguruskan kewangan, bagaimana mengatasi masalah stress dia tempat kerja . Aulia selalu pesan "Farah , nak bahagia ni kau kena maafkan semua orang, jangan pernah ada rasa dendam" . Sampai Sekarang aku Masih terngiang ngiang kata kata Aulia .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan